Pages

Saturday, 17 November 2012

Saat paling mendebarkan bagi seorang usahawan yang membuka restoran adalah bila ubahsuai kedainya telah siap dan kedainya bersedia untuk dibuka. Pada waktu itu semuanya cantik. Segala peralatan tersusun rapi dan keadaan dapur cuci bersih ta
npa ada seekorpun serangga yang merayap.

Suasana sebegini amat digemari oleh palanggan. Kebersihan melambangkan kedamaian. makanan rasa sedap dan berselera bila restoran kita kemas rapi dan dapur cuci bersih. Restoran anda seterusnya menjadi pilihan pelanggan.

Setelah beberapa ketika, bau dapur mula berubah. Setiap kali mahu ke bilik air, terhidu tengik bau lipas dan hamis bau kencing tikus di bahagian stor simpanan barang.


Anda mula risau takut pelangan masuk ke kawasan dapur kerana kelihatan banyak lipas kecil berlegar-legar di kawasan tersebut. Di celah dinding, di celah lantai, di celah sinki dan di man-mana.

Lama kelamaan lipas kecil mula merayap di segenap bahagian di seluruh restoran anda. Lipas akan muncul dari celah rekahan meja ketika pelanggan sedang menjamu selera. Lipas merayap bawah pinggan ketika mahu mengambil lauk di kawasan sususan masakan.

Anda buka saja risaukan pelanggan akan terkejut dan menjerit, malah anda juga mula risau takut pemeriksa kesihatan daripada majlis perbandaran masuk menjalankan pemantauan. Di saat itu, anda berniaga dalam serba tekanan. Takut palanggan lari dan takut majlis bandaraya mari.

Jadi apa yang perlu anda lakukan? Berikut beberapa petua mudah sebagai langkah awal mengawal keadaan:
Buat kerja pembersihan total. Ini langkah paling utama dalam pengurusan kawalan serangga perosak. Cuci kesemua bahagian dapur dengan menggunakan air panas dan sembur di segenap celahan dapur samada di meja atau di lantai.
Buang segala sisa makanan yang melekat. Lemak atau apa saja sisa makanan membuatkan restoran menjadi syurga bagi lipas. Samada bahagian dapur atau bahagian ruang depan restoran, jangan benarkan ada sisa makanan tertinggal walupun sedikit. Setelah dibersihkan dengan air panas, gunakan vacum cleaner untuk menyerap semua siasa kecil yang tertinggal.
Tampal segala rekahan atau lubang yang ada. Samada bahagian dapur atau ruang tamu, meja atau lantai atau dinding, adanya rekahan atau lubang membuatkan kawasan itu menjadi syurga pembiakan lipas. Jika bahagian berair, gunakan tampalan silikon. Ingat lebih banyak rekahan atau lubang lebih berpotensi lipas membiak.
Pastikan semua bahan makanan atau raw material dimasukkan dalam bekas yang tertutup atau kedap udara. Susun kesemuanya dengan rapi.
Apabila kerja pembersihan telah selesai, dapatkan khidmat syarikat Citra Resources & Services (019-2021260) atau lain-lain syarikat yang berlesen untuk melakukan kerja pembunuhan membersihkan lipas. Langkah paling baik adalah dengan mengambil pakej servis bulanan. Minta syarikat melakukan kerja pemantauan pada perkara yang tidak kena dan segera laporkan pada anda untuk dibaiki.

Anai-Anai


Ini rupa anai-anai...anai-anai pun ada ratunya macam spesis semut. Nama scientific anai-anai ialah Isoptera ,bahasa Inggeris pest.
Kenapa anai-anai perlu dikawal pembiakan di kawasan kediaman?ANAI-ANAI ialah sejenis serangga perosak yang memakan kayu lalu merosakkan tiang, lantai, dinding rumah, buku dan perabot rumah. Rupanya seakan-akan semut dan warnanya putih, tetapi anai-anai bukanlah jenis s
emut. Badan anai-anai tidak bersayap berwarna putih dan lembut. Ia juga mempunyai bahagian mulut dan sesungut.

Anai-anai hidup berkumpulan dengan tiga kasta anai-anai iaitu raja dan ratu tugasnya membiak, anai-anai pekerja mencari makan dan anai-anai askar bertugas mempertahankan kumpulannya apabila diserang semut.

Raja dan ratu anai-anai ialah anai-anai yang paling sempurna. Raja anai-anai bersayap dan warnanya kelabu, mempunyai mata dan boleh melihat. Ratu anai-anai berabdomen besar, berwarna kekuningan dan boleh membesar sehingga 4 sentimeter. Tugas ratu anai-anai ialah mengeluarkan telur dengan banyaknya.

Kebanyakan daripada anak-anaknya menjadi anai-anai pekerja, beberapa ekor menjadi askar dan yang lainnya menjadi raja dan ratu. Anai-anai hidup di dalam sarang yang diperbuat daripada tanah, yang disebut busut. Kadang-kadang busut ini boleh dibina setinggi melebihi dua meter.

Wednesday, 14 November 2012

Nyamuk Aedes

Aedes merupakan genus nyamuk yang asalnya ditemui di kawasan tropika dan subtropika, namun telah tersebar disebabkan aktiviti manusia ke seluruh benua kecuali antartika. Namanya diperolehi daripada perkataan Yunani Kuno aēdēs, yang bererti "tidak menyenangkan", kerana nyamuk ini menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi. Aedes albopictus merupakan spesies yang sering ditemui di 
Asia. Kakinya berbelang hitam putih. Aedes aegypti juga terkenal sebagai penyebar denggi dan demam kuning.
Kitaran hidup nyamuk aedes bermula dari telur hingga dewasa mengambil masa kira-kira satu minggu.


Aedes senang dikenali dengan belang hitam putih pada badan dan kakinya
Aedes biasanya menggigit pada awal pagi dan waktu senja
Aedes membiak dalam air jernih yang bertakung, sama ada di dalam atau luar rumah
Tempat pembiakan nyamuk aedes

Dalam Rumah
Akuarium
Perangkap semut
Pasu Bunga
Timba
Tempayan
Kolam (kolah) mandi
Tempat air peti sejuk
Luar Rumah
Tayar buruk
Tempurung kelapa
Botol/gelas pecah yang mengandungi air
Salur air hujan
Tempayan
Pokok Pisang
Pokok Keladi
Longkang yang tersekat
Tangki septik (terdedah)

Pencegahan pembiakan nyamuk aedes

Salin air dalam tempayan, pasu-pasu bunga, kolam mandi tiap-tiap minggu dan basuhlah sehingga bersih sebelum mengisi air yang baru
Buangkan air dari pinggan-pinggan alas pasu bunga seminggu sekali dan gosok pinggan-pinggan itu hingga bersih untuk memusnahkan telur nyamuk
Tutup semua bekas menyimpan air dengan rapat untuk mencegah nyamuk daripada bertelur
Bekas yang tidak digunakan hendaklah dikumpulkan dan dibuang ke dalam tong sampah atau ditanam
Periksa saluran bumbung rumah seminggu sekali untuk membersihkan daun yang menyekat air daripada mengalir
Masukkan garam sebanyak 2 sudu teh ke dalam perangkap semut untuk mencegah pembiakan nyamuk
Peliharalah ikan seperti Ikan Gupi, puyu di dalam tangki besar kerana akan memakan jentik-jentik.
Masukkan ubat pembunuh jentik-jentik (mengikut sukatan yang betul) ke dalam semua bekas menyimpan air, tiga bulan sekali